Free Shipping in Singapore for order $98

Cart

Your cart is currently empty.

Kids Eyewear Safer Optics Anti Blue Light Glasses Lindung Mata Anak

Sejak anak anak kerap guna laptop , komputer , handphone bagi meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) .. Sal dah mula risau . Bukan apa .. bila kerap tengok skrin tu sebenarnya boleh mendatangkan kemudaratan tanpa kita sedar . Sal ni kalau boleh memang tak nak anak rabun .. so pencegahan tu perlu dari awal . Mai Sal nak share tentang kids eyewear safer optics anti blue light glasses lindung mata anak.

Kids Eyewear Safer Optics Anti Blue Light Glasses Lindung Mata Anak - Salina Johari

Selesa sangat masa sesi pembelajaran dalam talian bila mengadap laptop

Sejauh Mana Kids Eyewear Safer Optics Anti Blue Light Glasses Lindung Mata Anak

Kalau dulu kita sebagai parents ada pilihan untuk tegah anak dari terlalu mengadap gajet tapi sekarang dah tak boleh . Contoh macam PC atau komputer , memang satu keperluan supaya anak dapat catch up pembelajaran . Siapa pun tak nak anak ketinggalan dalam pelajaran kan ? Jadi kita ambil pendekatan lain at least mata anak masih dilindungi .

Kids Eyewear Safer Optics Anti Blue Light Glasses - Salina Johari

Yeay … yang dihajati dah sampai demi kebaikan anak anak

Korang perasan tak kalau kita yang dewasa ni pun bila terlalu kerap tengok komputer , akan rasa kering … pening . Anak anak ni kadang tak perasan tapi bila ditanya akan keluar jawapan macam tu jugak . Cuma bila anak anak dah terlalu leka mengadap sampai lupa .. yelah nama pun budak kan . So kita la yang kena pantau . Jangan ambil mudah ya sebab sinaran dari screen gajet tu yang bahaya .

Cuba tengok condition anak anak . Kadang bila malam susah nak tidur walhal dah time dan kita nampak menguap dah . Ni antara gejala yang akan timbul bila terlalu lama mengadap screen gajet dan Sal memang kerap cari gali info melalui pembacaan . Ramai jugak anak anak geng yang alami perkara yang sama .

Bahaya Ke Sinar Biru Pada Gajet Digital ?

Cari punya cari tentang penjagaan mata anak anak ni … sampailah Sal terjumpa tentang Safer Optics . Tertarik untuk explore lebih lanjut . Rupanya ramai antara geng yang dah try dan feedback pun not bad. Hurmmm , tapi rasanya Sal masih belum terlewat lagi kan untuk bagi pada anak anak pakai Safer Optics Anti Blue Light Glasses ni .

masa sesi pembelajaran di DIDIK TV dengan Safer Optics - Salina Johari

Steady je masa sesi pembelajaran di DIDIK TV

Korang pernah amik tahu tak tentang sinar biru yang ada pada gajet . Pendek kata semua peralatan elektronik yang berbantuk digital ada tau … laptop , PC , TV Led , tablet , handphone . Pendedahan cahaya biru yang terlalu banyak mampu merosakkan sel sensitive cahaya di retina mata . Bila kontras mata dah kurang , mata akan terasa tegang , letih , sakit kepala dan sedikit demi sedikit akan jadi kabur.

Tu yang paling merisaukan hati Sal . Nak marah anak anak pun sampai bila kan !! Better kita cegah sebelum terlewat . Sejak pandemik COVID-19 melanda .. memang dah tak de pilihan untuk menidakkan kehadiran gajet dalam kehidupan seharian anak . Banyak masa dihabiskan demi ilmu dan tidak ketinggalan dalam pelajaran .

Sebab tu Sal pilih Safer Optics bagi tujuan penjagaan mata anak anak . Seriously Sal terpesona dengan design .. banyak betul pilihan . Safer optics ni yang bagusnya ada anti sinar biru untuk mengawal sinar dari terus menembusi mata . Selain selamat dan ada jaminan kualiti . Yang penting frame tak mudah patah kalau terpijak dan sangat ringan bila dipakai .

Safer Optics Anti Blue Light Glasses Lindungi Mata Dari Sinar Biru

Bila dah yakin , Sal terus order Safer Optics Kids – Flex Unbreakable Glasses dan ada 420 Safety . Dan korang boleh pilih cermin mata ikut umur anak . If anak berada di tahap 2 , pilih design yang besar sikit . Yang best kan .. Safer Optics ada info cara macam mana kita nak jaga cermin mata .. antaranya :

  • Jangan letakkan kaca mata secara terbalik
  • Bersihkan kaca mata sekerap yang mungkin bagi mengekalkannya dalam keadaan yang optimum
  • Bilas dengan air sebelum mengelap menggunakan kain
  • Elakkan dari menggunakan chemical spray dan jauhkan dari suhu yang panas bagi mengelakkan dari kerosakan coating pada lens
  • Simpan kaca mata dalam bekas apabila tidak digunakan

Sangat recommended sebab korang akan rambang mata nak pilih design tapi jangan risau sebab pihak Safer Optics akan bantu untuk cari yang paling sesuai untuk anak anak . Kanta cermin mata tanpa preskripsi dan mempunyai waranti selama 1 tahun .

Cara Nak Beli Safer Optics Anti Blue Light Glasses

Tak susah mana pun , korang just layari Safer Optics . Mudah sangat dan korang jangan tekejut tau sebab bila dapat parcel nanti akan ada extra gift . Packaging memang selamat dan masa penghantaran pun cepat .

So … jangan fikir lama sangat demi kebaikan anak anak ya ! Jangan terlalu fikirkan kos sebab mencegah adalah lebih baik dari merawat kan ?? Jangan segan nak klik tau untuk tahu lanjut promotion yang sangat berbaloi .

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Facebook : https://www.facebook.com/saferoptics

Instagram : https://www.instagram.com/saferoptics/


Review by Salina Johari: https://salinajohari.com/kids-eyewear-safer-optics-anti-blue-light-glasses-lindung-mata-anak/03/2021/

Share this post:

Older Post Newer Post

Translation missing: en.general.search.loading